PENGENALAN



Tarian tradisional ulek mayang tidak asing lagi bagi penduduk di Malaysia terutamanya di Terengganu. Pada dahulunya tarian itu digunakan sebagai tarian yang berunsur pemujaan dan bertujuan untuk perubatan tradisional. Kaedah perubatan tradisional ini mempunyai unsur syirik dan tahyul kerana terdapat bacaan jampi mantera  oleh tok pawang. 

Ulek atau ulit merujuk kepada berdondang atau mengulit-ngulit yang membawa makna menyeru dengan nama memujuk-mujuk supaya kembali semula dan datang semula yang merujuk kepada mahluk halus. Manakala, mayang ialah pokok kelapa atau pokok pinang yang digunakan untuk mengusir mahluk halus.
  
                                           

Sewaktu upacara persembahan diadakan ianya akan diiringi oleh seloka dan pantun oleh rakan-rakan pesakit yang lainnya. Persembahan ini dilakukan beramai-ramai terutamanya pada waktu malam bulan purnama di tepi pantai dengan membuat bulatan dan pawang akan memegang mayang pinang atau kelapa  dan akan duduk di tengah-tengah bulatan tersebut. Pada peringkat awal tidak ada alat muzik yang mengiringi  persembahan ini. Tarian ulek mayang terdiri daripada 7 penari dan lagunya dinyanyikan dengan iringan orkestra Melayu yang terdiri dari gendanggongbiola  dan akordian.


Akordian
I
Gendang

Biola
Gong










Antara gambar alatan muzik yang mengiringi lagu ulek mayang.

Comments

Popular posts from this blog