SEJARAH DAN ASAL USUL ULEK MAYANG
Sejarah ulik mayang bermula pada zaman dahulu, sekumpulan nelayan keluar ke laut menangkap ikan dengan berperahu. Tiba-tiba, mereka telah dilanda ribut yang amat dasyat di tengah lautan sehingga jong yang dinaiki mereka telah dipukul ombak ganas. Kesemua nelayan terhumban di dalam laut yang bergelora sambil terkapai-kapai menyelamatkan diri.
Seterusnya, ribut menjadi reda dan kembali kepada sedia kala. Tubuh para nelayan tersebut telah dihanyutkan ke pantai. Seorang demi seorang nelayan terjaga dan berasa beruntung kerana terselamat.Tetapi, salah seorang daripada nelayan tersebut tidak sedarkan diri, menganggap bahawa nelayan tersebut telah mati tapi tubuhnya masih bernyawa apabila diperiksa.
Oleh itu, nelayan-nelayan tersebut memanggil bomoh untuk menyedarkan kembali nelayan tersebut. Bomoh tersebut mengubatinya dengan bacaan mantera dan apabila diseru, bomoh tersebut mendapati nelayan itu telah dipukau oleh semangat laut.
Rupa-rupanya seorang Puteri Bunian cuba menguji kesemua nelayan tetapi hanya seorang yang tertarik. Dipercayai nelayan itu terperangkap dan merayau-rayau di alam bunian. Bomoh tersebut cuba membawa semangat nelayan kembali ke dunia nyata namun, Puteri itu telah menyeru seorang kakaknya untuk membantu. Seorang demi seorang demi kakaknya datang untuk menolong Puteri ke-1 sehingga Puteri ke-6 datang.

“aku tahu asal-usulmu”,
“Biarkan yang laut pulang ke laut, dan yang darat pulang ke darat.”
Jiwa nelayan telah dipulangkan dan nelayan kembali sedar. Bomoh dan rakan-rakan nelayan berasa terhutang budi kepada sang puteri, mereka telah mempersembahkan nasi bewarna kepada sang puteri sebagai tanda penghargaan atau berterima kasih. Upacara ini kekal diamalkan sehingga kedatangan Islam, untuk menunjukkan rasa terhutang budi kepada semangat-semangat laut
Terdapat beberapa sumber menyatakan upacara Ulek Mayang dimainkan sewaktu musim puja pantai sebagai persembahan kepada penunggu laut supaya tidak mengganggu nelayan dan upacara mengubati pesakit degan menggunakan semangat yang dipuja. Antara kampung yang masih giat memperkembangkan kesenian ini ialah Kampung Pasir Panjang, Kuala Terengganu.
Siapa tokoh yang memperkenalkan ulek mayang ini?
ReplyDeleteYang memperkenalkan di malaysia
ReplyDelete